GERIK – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Desa Delima, di sini sejak Khamis.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, remaja terbabit dikenali sebagai Nurfatin Auni Mohamad Kobli, 15, kali terakhir dilihat berada di bilik tidurnya sebelum disedari hilang pada jam 6.30 pagi semalam.
“Bapanya telah membuat laporan polis selepas menyedari ketiadaan anak perempuannya itu,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Katanya, remaja itu mempunyai ketinggian kira-kira 150 sentimeter, berkulit kuning langsat, berbadan sederhana, memakai kaca mata serta berambut paras bahu.
“Difahamkan, remaja terbabit masih bersekolah,“ ujarnya.
Sehubungan itu, beliau orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Nurulhuda Rahim di talian 010-9220079 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di talian 05-7912222 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – MG Perak
Artikel Berkaitan: