Remaja 15 tahun pamer aksi ‘wheelie’ ditahan

TELUK INTAN – Polis menahan seorang remaja lelaki yang memuat naik videonya menunggang motosikal sambil melalukan pelbagai aksi berbahaya ‘wheelie’ di Kilometer (KM) 1 Jalan Changkat Jong, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, video tersebut yang tular di media sosial melibatkan remaja berusia 15 tahun dikesan Unit Risikan dan Operasi, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.

Menurutnya, suspek terbabit ditahan sekitar jam 5 petang semalam di perkarangan Flat Program Perumahan Rakyat (PPR) Teluk Intan, di sini bagi membantu siasatan.

“Sehubungan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang di atas jalan awam dengan cara berbahaya dan melulu.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.

“Seseorang yang disabitkan mengikut seksyen ini juga hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun dari tarikh sabitan,” katanya pada Selasa. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dua beradik maut: Kontraktor tak mengaku salah memandu berbahaya

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI