Remaja 16 tahun positif dadah antara ditahan Ops Samseng Jalanan

IPOH – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun antara sembilan individu yang ditahan kerana didapati positif dadah dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan yang diadakan di Jalan Pasir Putih dekat Station 18, di sini, pada Ahad.

Operasi yang melibatkan 113 anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Perak bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perak itu bermula dari jam 12 tengah malam sehingga jam 12 tengah hari.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kesemua lelaki warga tempatan itu disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan 1998).

Menurutnya, sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 115 buah motosikal dan 82 buah kereta telah ditahan serta seramai 335 individu berusia antara 15 hingga 42 tahun telah diperiksa.

“Setelah pemeriksaan dijalankan, terdapat juga di kalangan mereka terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan pelajar lepasan Sijil Pemeriksaan Malaysia (SPM).

Remaja 16 tahun positif dadah antara ditahan Ops Samseng Jalanan
Sebanyak 30 buah motosikal turut disita atas kesalahan di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 [Akta 333] dalam operasi tersebut. Foto Polis Perak
“Sebanyak 30 buah motosikal turut disita atas kesalahan di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 [Akta 333].

“Selain itu, seorang lelaki warga tempatan turut ditangkap atas kesalahan menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan di bawah Sekyen 42 (1) akta sama,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, dalam operasi sama, sebanyak 158 saman trafik, 82 saman dan notis JPJ, serta 11 kompaun dan notis JAS telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“JSPT Kontinjen Perak akan terus menjalankan operasi bersepadu sebegini dari semasa ke semasa bagi memperkasakan lagi tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap samseng jalanan di negeri ini,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Ops Bersepadu Samseng Jalanan: 69 pelajar antara yang ditahan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI