Remaja kantoi buang bayi selepas dapatkan rawatan

GERIK – Seorang remaja perempuan Orang Asli yang mendapatkan rawatan akibat pendarahan serius di Klinik Kesihatan Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, di sini semalam, membawa kepada penemuan mayat bayi di kawasan penempatan tersebut.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada petugas klinik berhubung keadaan remaja berusia 18 tahun itu kira-kira jam 5.30 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati, pemeriksaan oleh klinik kesihatan menemui koyakan besar pada kemaluan remaja tersebut.

“Remaja tersebut kemudiannya mengaku telah bersalin sendirian di rumah dan membuang bayinya di bahagian belakang rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Noor Hisam berkata, hasil siasatan lanjut di lokasi menemukan mayat bayi yang disahkan telah meninggal dunia.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bayi lelaki baru lahir ditinggalkan di bahu jalan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI