Remaja lelaki lemas selepas bermain di lombong terbiar

TAIPING – Seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas bermain bersama rakan-rakanya berhampiran sebuah lombong terbiar sedalam 6.1 meter di Taman Palma 4 Kamunting, dekat sini, pada Ahad.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Aimin Syukur dan berusia 14 tahun sebelum itu dipercayai berada di lokasi bersama tujuh rakanya yang lain.

Remaja lemas lombong Kamunting lemas di lombong air kejadian lemas Perak remaja lemas kemalangan lombong tinggal JBPM Perak Taman Palma Kamunting operasi menyelamat bomba

Sekitar operasi pasukan bomba dalam mencari mangsa lemas di sebuah lombong terbiar di Taman Palma 4 Kamunting, di Taiping, pada Ahad. foto JBPM Perak

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat awal berkenaan kejadian itu pada jam 5.23 petang.

Katanya, sejurus selepas itu tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba yang berada di lokasi mengaplikasi kaedah pencarian pada permukaan air dan memakai peranti pengapungan peribadi (PFD) serta menggunakan peralatan ‘grappling iron’ dalam operasi mencari mangsa.

“Remaja lelaki itu kemudian berjaya ditemukan pada jarak kira-kira 4.6 meter dari tebing lombong terbiar berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Remaja lemas lombong Kamunting lemas di lombong air kejadian lemas Perak remaja lemas kemalangan lombong tinggal JBPM Perak Taman Palma Kamunting operasi menyelamat bomba
Pasukan bomba menemukan mangsa lemas di sebuah lombong terbiar di Taman Palma 4 Kamunting, di Taiping, pada Ahad. foto JBPM Perak

Menurut Sabarodzi, pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Ilyas Ramli itu terkawal pada jam 5.57 petang sebelum ditamatkan pada jam 6.18 petang. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Lelaki orang Asli dikhuatiri lemas ketika memukat ikan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI