Remaja lelaki merajuk lari rumah ditegur main PUBG

TELUK INTAN – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang di Taman Lagenda Fasa 1 di sini, sejak 18 Julai lalu.

G M Praveen Raaj, 18, yang sudah habis bersekolah serta tidak bekerja dipercayai merajuk selepas ditegur ibunya kerana sering bermain permainan video PUBG di telefon bimbit.

Akibat teguran itu, remaja terbabit bertindak keluar dari rumah ibunya pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, laporan kehilangan remaja lelaki itu diterima daripada ibunya sekitar jam 6.15 petang semalam.

“Remaja terbabit yang berambut kerinting dan bermisai, berkulit gelap, berbadan gempal dengan berat 70 kilogram serta berketinggian 170 sentimeter.

“Kali terakhir remaja lelaki itu memakai jersi bola berwarna hitam/merah dan berseluar trek hitam paras lutut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di talian 05-6299222. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Polis Perak belum terima laporan kes pemandu e-hailing hilang

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI