Remaja sesat terpisah dengan rakan ketika daki Bukit 300

LUMUT – Seorang pendaki remaja berjaya ditemui dalam keadaan selamat selepas sesat  lebih satu jam ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit 300, Teluk Batik dekat Seri Manjung, pada Sabtu.

Difahamkan, mangsa Ariff Amsyar Ali Aksar ditemui di kaki bukit tersebut sekitar jam 2.48 petang selepas dikatakan terpisah dengan dua rakannya, Syed Mohammad Hazrieeq Syed Radzi dan Engku Irwan Hakimi Engku Mahmud sewaktu menuruni bukit.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 1.37 petang.

Menurutnya, sejurus selepas itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan kerja-kerja operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, mangsa bersama dua rakannya yang masing-masing berusia 17 tahun mula mendaki bukit itu sekitar jam 9 pagi.

“Bagaimanapun, sewaktu dalam perjalanan turun, mangsa terpisah daripada rakannya namun telefon bimbitnya masih boleh dihubungi.

“Sehubungan itu, ketua operasi mengaplikasikan konsep L.A.S.T dengan mengarahkan anggota berpecah kepada dua kumpulan kecil seterusnya menuju ke arah lokasi mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, anggota bomba berjaya menemui mangsa yang sesat dalam keadaan kaki kanan terseliuh pada jarak kira-kira 2.1 kilometer dari kaki bukit berkenaan.

“Mangsa yang cedera dibawa turun menggunakan pengusung dan dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan,” jelasnya.

Katanya, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Ismadi Darusman tamat jam 4.30 petang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Wanita kurang siuman diselamatkan selepas dua jam atas tangki air

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI