PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menyambung tempoh reman terhadap ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, selama enam hari sehingga Rabu depan.
Keputusan dikeluarkan oleh Majistret, Ainaa Muhammad Kamal selepas membenarkan permohonan daripada pihak polis mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Menurut peguam yang mewakili pasangan tersebut Fahmi Abd Moin, kebenaran reman ini adalah kali kedua selepas pihak polis memohon tempoh reman disambung selama tujuh hari.
Namun katanya, atas pertimbangan keperluan siasatan, Ainaa membenarkan lanjutan reman hanya enam hari.
Pihak PDRM memberikan alasan berdasarkan siasatan yang diperoleh daripada kedua- dua anak guam selama tujuh hari, sepatutnya hari ini tamat tapi PDRM mohon sambung tujuh hari lagi.
“Kedua-dua mereka faham kenapa prosiding ini perlu dilanjutkan,” katanya ketika ditemui di lobi Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.
Terdahulu Fahmi berkata, pihaknya membantah permohonan reman terhadap pasangan tersebut
Pihak kami membantah permohonan ini atas alasan kedua-dua anak guam tidak perlu ditahan lebih lama, mereka sepatutnya dilepaskan. Tetapi Majistret berpendapat ada alasan menahan mereka lagi,” katanya lagi.
Sementara itu, seorang lagi peguam bela ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Ilyani Khuzairy berkata, pasangan tersebut terutama bapa Allahyarham kelihatan sangat tertekan dan berharap supaya kes ini dapat diselesaikan dengan baik dalam masa yang sama memberi keadilan kepada kanak-kanak itu.
Kita dapat bercakap dengan Zaim dan Isma. Zaim dalam keadaan sangat tertekan dapat lihat dari mukanya, dia menangis ketika kita tanya soalan. Dia juga kata pembunuh sebenarnya di luar
“Ibunya juga tertekan kelihatan masih terkejut dengan apa yang berlaku, dia tidak banyak cakap. Mereka kata layanan pihak polis masih baik kepada mereka berdua.” katanya lagı
Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai pada jam 10 malam, 6 Disember lalu, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai
Kanak kanak itu dilaporkan hilang di kawasan kediamannya ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya
Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya
Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasıl bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah. -MalaysiaGazette
Artikel Berkaitan: