Rezeki nelayan tiga anak menang RM10,000 pertandingan bot berhias

BUKIT GANTANG – Seorang nelayan, Farhan Md Sahid, 42, tidak menyangka hiasan botnya berjaya meraih hadiah utama RM10,000 pada Perarakan dan Pertandingan Bot Berhias Sempena Hari Malaysia Peringkat Parlimen Bukit Gantang di Jeti Sungai Kerang, di sini hari ini.

Bapa kepada tiga anak yang sudah 20 tahun mencari rezeki sebagai nelayan itu berkata, kemenangannya amat bermakna lebih-lebih lagi apabila berdepan saingan sengit daripada peserta lain.

Menurutnya, bermodalkan lebih RM3,000, dia menghiasi bot dengan menggantung Jalur Gemilang dan bendera seluruh negeri di Malaysia serta dekorasi yang bersesuaian mengikut tema pertandingan tersebut.

“Saya buat (hias) pelan-pelan sahaja, tak sangka boleh menang,“ katanya ketika ditemui selepas menerima hadiah tersebut di sini pada Ahad.

Rezeki nelayan tiga anak menang RM10,000 pertandingan bot berhias
Nelayan, Farhan Md Sahid, 42, yang memenangi tempat pertama Perarakan dan Pertandingan Bot Berhias Sempena Hari Malaysia Peringkat Parlimen Bukit Gantang di Jeti Sungai Kerang. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 SEPTEMBER 2025.

Farhan mengakui ramai peserta lain turut menampilkan hiasan yang cantik, namun rezekinya menyebelahi apabila diumumkan sebagai juara.

“Ramai (peserta) yang saya tengok (hias bot) cantik. Saya bernasib baik kerana mendapat nombor satu,” ujarnya penduduk asal Sungai Kerang itu.

Dia turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang menganjurkan pertandingan tersebut serta selalu turun padang membantu komuniti nelayan di kawasan berkenaan.

Pertandingan yang masuk tahun keempat itu menjadi tarikan utama sambutan Hari Malaysia dengan kehadiran ratusan pengunjung yang membanjiri kawasan jeti untuk menyaksikan nelayan setempat menghiasi bot mengikut kreativiti masing-masing. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

133 bot nelayan berhias meriahkan Hari Malaysia, lonjak agropelancongan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI