Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 5 petang ini

KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di ibu negara dan Labuan, serta beberapa kawasan di Perak, Selangor, Sarawak dan Sabah hingga 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan di Perak, ia melibatkan kawasan Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Di Selangor pula, keadaan cuaca itu diramalkan melanda Hulu Selangor, Gombak serta Petaling.

Sibu (Selangau), Mukah, Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak, serta Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Nabawan), Pantai Barat (Tuaran dan Kota Belud), Tawau dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat) di Sabah turut dijangka mengalami cuaca yang sama. -BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI