‘Rimba Raid X Lenggong’ sasar penyertaan 280 pelumba dari 15 negara

IPOH – Lenggong sekali lagi bakal menjadi tumpuan peminat sukan permotoran lasak dalam dalam dan luar negara apabila acara Rimba Raid X Lenggong 2025 kembali dengan penganjuran edisi ke-10 pada 26 sehingga 29 Jun depan.

Penganjuran buat kali kedua di Perak itu  bakal menyaksikan penyertaan 280 pelumba dari 15 negara dalam acara perlumbaan motosikal dalam hutan termasuk pasukan dari Thailand, Indonesia, Singapura, India, Australia, Amerika Syarikat dan Jepun.

Rimba Raid X Lenggong 2025 sukan permotoran lasak Malaysia, perlumbaan motosikal hutan, Lenggong Perak, acara motosikal antarabangsa, Rimba Raid Malaysia, pelumba off-road, acara pelancongan Perak, ekopelancongan Lenggong
Pra Pelancaran Rimba Raid X Lenggong 2025 di Hard Rock Cafe, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 MEI 2025.

Pengasas dan Pengarah Urusan Rimba Raid Sdn Bhd, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, dengan mengekalkan identiti sebagai sukan permotoran lasak ‘off-road’, acara berkenaan memperkenalkan enam kategori dengan tiga kategori baharu.

Kata beliau, kategori dibahagikan kepada kapasiti dan jenis motosikal iaitu Kelas A bagi motosikal pelbagai silinder melebihi 1000cc, motosikal pelbagai silinder antara 250cc hingga 999cc (Kelas B) serta motosikal satu silinder antara 250cc hingga 800cc (Kelas C).

Rimba Raid X Lenggong 2025 sukan permotoran lasak Malaysia, perlumbaan motosikal hutan, Lenggong Perak, acara motosikal antarabangsa, Rimba Raid Malaysia, pelumba off-road, acara pelancongan Perak, ekopelancongan Lenggong
Pengasas dan Pengarah Urusan Rimba Raid, Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussain pada sidang media ketika majlis perasmian Pra Pelancaran Rimba Raid X Lenggong 2025 di Hard Rock Cafe, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 MEI 2025.

“Pada tahun ini, Rimba Raid memperkenalkan dua kategori motosikal yang dekat jiwa iaitu Kelas D ‘Adventure Kapcai’ dan Kelas E ‘Adventure Skuter’ yang akan memeriahkan acara serta menarik lebih ramai pengunjung ke Lenggong.

“Selain itu, terdapat juga kategori untuk motosikal ekstrem berkuasa elektrik, iaitu Kelas F, sebagai langkah untuk menyemai budaya kelestarian alam sekitar di samping dapat mencetuskan semangat kelestarian alam dalam kalangan penggiat dan peminat sukan permotoran,” katanya.

Rimba Raid X Lenggong 2025 sukan permotoran lasak Malaysia, perlumbaan motosikal hutan, Lenggong Perak, acara motosikal antarabangsa, Rimba Raid Malaysia, pelumba off-road, acara pelancongan Perak, ekopelancongan Lenggong
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah melawat reruai motosikal pada majlis perasmian Pra Pelancaran Rimba Raid X Lenggong 2025 di Hard Rock Cafe, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 MEI 2025.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Media Rimba Raid X Lenggong 2025 di sini, pada Sabtu.

Majlis dirasmikan Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee serta dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri, merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah melawat reruai motosikal berkuasa tinggi pada majlis perasmian Pra Pelancaran Rimba Raid X Lenggong 2025 di Hard Rock Cafe, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 MEI 2025.

Tambah Nik Ahmad Huzlan, pada edisi kali ini Rimba Raid menyasarkan sekurang-kurangnya pada kadar 80 peratus peserta berjaya menamatkan perlumbaan yang melibatkan laluan mencabar sejauh 300 kilometer (km).

Sementara itu Sze Yee dalam ucapannya berkata, acara itu membuka lembaran baru dengan meletakkan Lenggong sebagai antara destinasi yang semakin diberi perhatian dalam kalendar sukan bermotor lasak antarabangsa.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berucap pada majlis perasmian Pra Pelancaran Rimba Raid X Lenggong 2025 di Hard Rock Cafe, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 MEI 2025.

Menurut beliau, penganjuran itu memberi manfaat besar kepada masyarakat setempat melalui limpahan ekonomi termasuk kepada pengusaha inap desa dan peniaga kecil.

“Ia juga berperanan penting dalam memperkenalkan Lenggong yang kaya dengan nilai sejarah dan alam semula jadi sebagai destinasi ekopengembaraan bertaraf dunia,” katanya lagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Saarani sempurnakan ‘flag off’ Rimba Raid Lenggong 2024

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI