RKK elak pembangunan dibuat sewenang-wenangnya

TAIPING – Garis panduan Rancangan Kawasan Khas (RKK) yang dilaksanakan bertujuan mengelak sebarang bentuk pembangunan dibuat dengan sewenang-wenangnya di kawasan bandar warisan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, di bawah RKK sebarang bentuk pembangunan yang hendak dilaksanakan perlu merujuk kepada garis panduan tersebut.

Menurutnya, jika pembangunan tidak dikawal ia boleh memusnahkan nilai-nilai warisan di kawasan yang terlibat.

“Sehubungan itu, mana-mana pihak yang menyerahkan pelan (pembangunan), kebenaran merancang perlu merujuk kepada RKK tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-150 Bandar Taiping di Dataran Warisan Taiping, di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee;  Ahli Parlimen Taiping, Wong Kah Woh dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Khairul Amir Mohamad Zubir.

Pada September tahun lalu, media melaporkan RKK Warisan Bandar Taiping (RKKWBT) 2.0 itu akan ditunjangi lima teras yang menjurus kepada usaha ke arah penjanaan ekonomi pelancongan melalui pemerkasaan aset warisan bandar Taiping.

Menerusi RKK tersebut, fokus kerajaan terarah kepada pemeliharaan bangunan warisan yang menekankan kepada kelestarian sejarah dan budaya serta peningkatan aspek penguatkuasaan pemeliharaan bandar selain menjaga kualiti reka bentuk daripada mengalami kemusnahan nilai seni bina. –  MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pembangunan warisan sejarah perlu libatkan pendidikan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI