RM13.17 juta setahun untuk BAS.MY di Ipoh

IPOH – Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan membelanjakan RM13.17 juta setahun untuk pelaksanaan Program Transformasi Bas Berhenti-Henti (SBST) atau BAS.MY di sini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, walaupun nilai pelaburan itu sama berbanding sebelum ini, namun perkhidmatannya telah ditambah baik.

Katanya, ia termasuk inisiatif penambahan laluan antara Bandar Raya Ipoh ke Kuala Kangsar dan Kampar, sebagai usaha meningkatkan kemudahan serta akses penduduk di kawasan terlibat.

RM13.17 juta BAS.MY Ipoh Subsidi pengangkutan awam Malaysia Program SBST Ipoh Laluan baru BAS.MY Tambang bas murah Ipoh Perkhidmatan bas henti-henti SBST GPS pemantauan bas Malaysia Bas mesra OKU Malaysia Statistik penumpang BAS.MY RM13.17 juta BAS.MY Ipoh Anthony
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke melancarkan BAS.MY Ipoh di Dewan Bandaran Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 FEBRUARI 2025.

“Proses tender terbuka bagi perkhidmatan ini telah bermula tahun lepas. Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah berjaya menyiapkan proses penilaian dan membolehkan operasi bermula secara berfasa sejak Disember lalu.

“Perkhidmatan BAS.MY ini akan dipantau melalui sistem kedudukan sejagat (GPS) dari segi ketersediaan perkhidmatan dan ketepatan masa.

“Sekiranya pengendali gagal menepati Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan bagi dua aspek ini, penalti akan dikenakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program SBST Ipoh BAS.MY yang disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Dewan Bandaran Ipoh, dekat sini, pada Isnin.

Hadir sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Ketua Pengarah APAD, Datuk Azlan Shah Al Bakri serta Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.

RM13.17 juta BAS.MY Ipoh Subsidi pengangkutan awam Malaysia Program SBST Ipoh Laluan baru BAS.MY Tambang bas murah Ipoh Perkhidmatan bas henti-henti SBST GPS pemantauan bas Malaysia Bas mesra OKU Malaysia Statistik penumpang BAS.MY RM13.17 juta BAS.MY Ipoh Anthony
BAS.MY Ipoh di Dewan Bandaran Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 FEBRUARI 2025.

Ujar Anthony, perkhidmatan BAS.MY yang sebelum ini dikenali sebagai myBAS kini berwajah baru termasuk bas yang dicat dengan warna merah jambu serta mampu dipantau melalui kaedah pemantauan masa nyata.

BAS.MY bakal beroperasi di enam laluan utama yang menghubungkan Medan Kidd ke Bercham, Tanjung Rambutan, Chemor, Pasir Puteh, Pengkalan Sentosa, Sultan Azlan Shah Airport, dan Taman Botani.

Mengulas lanjut Anthony berkata, sebanyak 51 bas baharu yang terdiri daripada 14 buah bas midi dan 37 mini ‘low floor’ diperkenalkan melalui inisiatif berkenaan.

Jelas beliau, kesemua bas berkenaan juga disifatkan mesra Orang Kurang Upaya selain ditambah pelbagai ciri keselamatan termasuk kamera litar tertutup (CCTV).

“Pada tahun lalu, BAS.MY Ipoh telah mencatat penumpang bulanan sebanyak 67,927, iaitu peningkatan sebanyak 37 peratus berbanding 49,746 pada tahun 2021,” tambahnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

MB Perak, Menteri Pengangkutan Naik BAS.MY Ipoh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI