RM180,000 disalurkan bantu pendidikan komuniti India Parlimen Bagan Datuk

BAGAN DATUK — Pusat Khidmat Parlimen Bagan Datuk memperuntukkan RM180,000 bagi membantu pendidikan komuniti India melibatkan pelajar pendidikan awal, sekolah Tamil, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di daerah berkenaan.

Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Arvend Applasamy berkata, program penyampaian bantuan kepada komuniti India yang memasuki tahun keempat itu adalah anjuran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk.

Menurutnya, bantuan kali ini merangkumi sokongan menyeluruh daripada pendidikan awal hingga ke peringkat pengajian tinggi, sekali gus memberi manfaat kepada hampir 1,000 penerima dalam komuniti India di kawasan tersebut.

“Kita menyampaikan bantuan kepada sembilan tadika Tamil di sekitar daerah ini terlebih dahulu bagi mengurangkan beban ibu bapa untuk menghantar anak mereka di peringkat pendidikan sekolah awal.

“Hari ini seramai 20 pelajar pendidikan awal menerima baucar tunai sebanyak RM100.
Selain itu, kita turut menyampaikan bantuan baucar RM100 kepada 691 pelajar melibatkan 14 sekolah Tamil di Daerah Bagan Datuk.

RM180,000 disalurkan bantu pendidikan komuniti India Parlimen Bagan Datuk
Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Arvend Arvend Applasamy pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan Komuniti India Parlimen Bagan Datuk Tahun 2026 di Dewan Serbaguna Dato Haji Abdullah Ahmad, Hutan Melintang, Bagan Datuk, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 FEBRUARI 2026.

“Datuk Seri (Ahmad Zahid) juga telah memberi sumbangan sebanyak RM2,000 kepada 14 persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di peringkat Parlimen ini,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan Komuniti India Parlimen Bagan Datuk yang disempurnakan Ahmad Zahid di Dewan Serbaguna Dato’ Haji Abdullah Ahmad, Hutan Melintang di sini pada Jumaat.

Dalam perkembangan sama, Arvend berkata, 10 mahasiswa yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPTA di seluruh negara turut menerima bantuan komputer riba.

Katanya, program berkenaan dilihat sebagai inisiatif berterusan bagi memperkukuh akses pendidikan komuniti India secara menyeluruh, merangkumi sokongan kewangan, institusi sekolah serta keperluan pembelajaran digital mahasiswa. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kerajaan peruntuk RM800 juta bagi Bantuan Awal Persekolahan – PM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI