RM250,000 disalurkan kepada lima sekolah di Teluk Intan

TELUK INTAN – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengumumkan peruntukan khas berjumlah RM250,000 kepada lima buah sekolah di kawasan Parlimen Teluk Intan pada Ahad.

Peruntukan tersebut disalurkan bagi tujuan menaik taraf serta membaik pulih kemudahan infrastruktur sekolah demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, selamat dan selesa kepada murid.

Sekolah yang menerima peruntukan tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Intan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Setia, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) San Min 1, SJKC San Min 2 serta SJKC Batu Dua Belas, dengan setiap sekolah menerima sebanyak RM50,000.

Nga yang juga ahli Parlimen Teluk Intan berkata, inisiatif ini dijangka memberi manfaat secara langsung kepada murid dan guru di sekitar Teluk Intan.

“Kerajaan Madani sentiasa komited untuk memastikan tiada sekolah yang terpinggir daripada menerima kemudahan asas yang sempurna.

“Melalui peruntukan tambahan ini, kita berharap ia dapat menyuntik semangat baharu kepada murid-murid untuk menimba ilmu dalam suasana yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengumumkan inisiatif tersebut sewaktu mengadakan lawatan kerja Sentuhan Ramadan di SK Seri Intan di sini pada Ahad.

Pada lawatan kerja itu, Nga bersama Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh turut meluangkan masa meninjau fasiliti dan keadaan persekitaran pembelajaran serta menyampaikan peruntukan tersebut kepada pihak sekolah. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sekolah diminta mohon peruntukan penyelenggaraan, jamin keselamatan murid – Wong

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI