RM3 juta perkasa usahawan melalui SteP

IPOH – Perak menyalurkan RM3 juta kepada Sekretariat Usahawan Perak (SteP) bagi meneruskan komitmen dalam aspek pembangunan usahawan di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri melalui STeP telah merangka dan menyelaras pelaksanaan program, Perluasan Pasaran Produk dan Perkhidmatan Usahawan Perak yang telah mula dilaksanakan sejak tahun 2022 sehingga kini.

Menurutnya, sebanyak RM1.1 juta diperuntukan bagi Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan peningkatan RM100,000 berbanding tahun lalu.

“Selain itu, RM2 juta peruntukan sedia ada di bawah Program Bantuan Pinjaman Tabung Usahawan melalui dana pusingan yang diamanahkan oleh kerajaan negeri kepada Yayasan Perak.

“Melalui inisiatif ini kerajaan negeri menawarkan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM5,000 sehingga RM20,000 bagi pinjaman jangka pendek.

“Bagi peminjam yang layak untuk membuat pinjaman kali kedua atau seterusnya, mereka layak menerima pinjaman sehingga RM100,000 tertakluk kepada prestasi dan perkembangan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu Pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2026 pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Selasa.

Katanya, sebagai pelengkap kepada fokus kesejahteraan rakyat, kerajaan negeri juga menyediakan peruntukan RM9.4 juta bagi pelaksanaan pelbagai aktiviti dan pemantauan di bawah Program Perak Sejahtera 2030 melibatkan pelbagai jabatan dan agensi negeri. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak peruntuk RM32.1 juta melalui empat program kesejahteraan rakyat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI