RM4 juta untuk Bantuan Sara Diri, Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak

IPOH – Kerajaan Negeri Perak membelanjakan RM4 juta bagi inisiatif Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan Mahasiswa yang dijangka memanfaatkan hampir 7,000 mahasiswa anak Perak tahun ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, peruntukan itu dinaikkan kerajaan negeri berbanding RM2 juta pada tahun lalu.

Katanya, bantuan itu menyasarkan kepada anak kelahiran negeri ini yang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

Saarani Mohamad lancar Bantuan Mahasiswa Perak 2025 Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak Bantuan Mahasiswa Perak Saarani Mohamad Yayasan Perak Baucar Buku Mahasiswa Permohonan bantuan pelajar TVET Perak Perak Sejahtera 2030 AIM TVET Bersama Cikgu Saarani Peruntukan dinaikkan kepada RM4 juta Bantuan berdasarkan peringkat pengajian dan syarat kelayakan Baucar Buku dan Jelajah AIM TVET turut diumumkan Permohonan dibuka mulai 16 April
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad ketika sidang media pada majlis pelancaran Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa, Bantuan Baucar Buku dan Jelajah AIM TVET With Cikgu Saarani 2025 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 APRIL 2025.

“Kadar bantuan adalah berbeza mengikut peringkat pengajian, iaitu RM500 bagi pelajar Diploma, Ijazah Sarjana Muda (RM700), Ijazah Sarjana (RM800), dan PhD (RM1,000).

“Semua permohonan tertakluk kepada syarat kelayakan termasuk had pendapatan isi rumah serta Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Pelancaran Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak, Bantuan Baucar Buku dan Jelajah AIM TVET With Cikgu Saarani di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Rabu.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah; Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Aldrin Ng serta Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr Nasreen Khanum Nawab Khan.

Tambah Saarani, kerajaan negeri turut menyediakan Bantuan Baucar Buku Mahasiswa dengan peruntukan sebanyak RM750,000 yang akan memanfaatkan 5,000 mahasiswa anak Perak, dengan nilai bantuan RM150 setiap seorang.

Kata beliau, bantuan itu diselaraskan oleh Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak dengan PASAK.

Menurut beliau lagi, permohonan bagi ketiga-tiga inisiatif itu akan dibuka bermula 16 April atau Rabu menerusi laman sesawang rasmi www.eheyns.com.my.

“Tarikh tutup permohonan bagi Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan adalah pada 31 Mei, manakala bagi Bantuan Baucar Buku adalah pada 16 Jun,” jelas beliau.

Saarani Mohamad lancar Bantuan Mahasiswa Perak 2025 Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak Bantuan Mahasiswa Perak Saarani Mohamad Yayasan Perak Baucar Buku Mahasiswa Permohonan bantuan pelajar TVET Perak Perak Sejahtera 2030 AIM TVET Bersama Cikgu Saarani Peruntukan dinaikkan kepada RM4 juta Bantuan berdasarkan peringkat pengajian dan syarat kelayakan Baucar Buku dan Jelajah AIM TVET turut diumumkan Permohonan dibuka mulai 16 April
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad ketika bergambar pada majlis pelancaran Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa, Bantuan Baucar Buku dan Jelajah AIM TVET With Cikgu Saarani 2025 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 APRIL 2025.

Sementara itu Saarani berkata, sebagai pelengkap kepada pembangunan modal insan belia, sebuah program, Jelajah AIM TVET Bersama Cikgu Saarani 2025 akan di Kompleks Belia Tapah pada Sabtu ini.

Kata beliau, antara pengisian program itu termasuk Slot Dari Dapur Cikgu Saarani, Sembang TVET, demonstrasi kemahiran, pameran projek-projek berimpak tinggi yang sedang dilaksanakan di negeri ini serta kursus jangka pendek.

“Program ini selaras dengan hasrat menjadikan Perak sebagai Koridor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Malaysia menjelang 2030.

“Ia juga diakan dengan bertujuan memperluas pengiktirafan terhadap pendidikan dan kemahiran TVET, memperkenalkan inovasi, serta memberi pendedahan berkaitan kerjaya kepada anak muda.

“Kesemua inisiatif ini mencerminkan iltizam kerajaan negeri dalam menyediakan ekosistem yang menyeluruh bagi membina masa depan mahasiswa dan anak muda Perak secara tuntas, sejajar dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030,” tambahnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tiga bersaudara warisi ilmu, kemahiran TVET asuhan Politeknik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI