RM65,000 diperuntukkan kepada 19 masjid, 92 surau di Tapah – Saravanan

TAPAH – Sebanyak RM65,000 diperuntukkan bagi tujuan mengimarahkan bulan Ramadan melibatkan 19 buah masjid dan 92 buah surau serta surau diri Jumaat di parlimen ini.

Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M. Saravanan berkata, sumbangan yang disalurkan setiap tahun itu telah dilaksanakan sejak beliau menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan pada 2008.

“Sumbangan ini merupakan acara tahunan di mana setiap bulan Ramadan kita bagi sumbangan kepada masjid dan surau di Parlimen Tapah.

“Hari ini melibatkan 19 masjid dan 92 surau yang mana ia merupakan budaya di Parlimen Tapah setiap kali Ramadan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Masjid, Surau Diri Jumaat dan Surau Kawasan Parlimen Tapah di Dewan Merdeka, Tapah, pada Jumaat.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Dr. Mohamad Yusri Bakir dan ADUN Chenderiang, Choong Shin Heng .

Sementara itu, ditanya mengenai isu kuil hindu, Timbalan Presiden MIC itu berkata, beliau berpendapat bahawa ia dicetuskan beberapa individu tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Menurutnya, usaha itu untuk mengugat keharmonian negara yang semua kaum dibenarkan untuk menjalankan aktiviti keagamaan tanpa sebarang masalah.

“Saya syak mungkin sepertimana kita lihat baru-baru ini ada juga muncul isu-isu yang mengatakan ada usaha jatuhkan kerajaan Madani dan sebagainya, mungkin ini salah satu cara.

“So (jadi), mungkin ada orang di belakang isu-isu ini, kita boleh lihat. Pihak polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) memang ada kemahiran mengurus isu-isu ini,” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI