RMK-13: Sejuta rumah mampu milik akan dibina antara 2026 -2035

KUALA LUMPUR – Satu juta unit rumah mampu milik akan dibina dalam tempoh 2026 hingga 2035 bagi membolehkan seramai mungkin rakyat mendiami rumah yang selesa dan selamat.

Dalam masa yang sama menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Skim Jaminan Kredit Perumahan akan diperluas bagi membolehkan lebih ramai rakyat termasuk yang berpendapatan rendah dan sederhana mampu memiliki rumah sendiri.

“Kerajaan terus komited untuk memastikan akses kepada kediaman yang berkualiti, mampu milik dan terangkum. Sehingga tahun 2025, 492,000 unit rumah telah siap dan sedang dibina oleh Kerajaan.

“Namun begitu, isu ketidaksepadanan antara permintaan, penawaran, serta harga rumah yang tidak selari dengan tahap pendapatan rakyat terus membelenggu dan perlu ditangani sebaiknya,” katanya ketika membentangkan RMK-13 di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya, pembinaan rumah mampu milik yang akan dibina adalah melalui Program Residensi Madani; Program Perumahan Penjawat Awam;Program Bantuan Bina Baharu Rumah dan Program Perumahan Mampu Milik di bawah kerajaan negeri dan pemaju swasta.

Tambahnya, inisiatif seperti Kota Madani di Putrajaya yang melibatkan kerjasama kerajaan dengan pihak swasta akan diperluas sebagai model pembangunan perumahan mampu milik yang menterjemah konsep perbandaran ‘umran hadhari.

“Konsep ini membolehkan rakyat bukan sahaja memiliki tempat tinggal, tetapi juga menikmati kehidupan dalam sebuah bandar yang menggabungkan kemajuan dengan nilai, kemodenan dengan akhlak, dan teknologi dengan kemanusiaan.

“Perkhidmatan kesihatan juga tidak ketinggalan daripada senarai keutamaan kerajaan. Sistem kesihatan awam negara pada ketika ini kian terbeban dengan isu seperti inflasi perubatan, peningkatan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit (NCD) serta penuaan populasi,” jelas Anwar. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI