Rohingya lolos depot imigresen: Dua disahkan maut setakat ini

IPOH – Dua daripada 131 pendatang tanpa izin (PATI) etnik Rohingya disahkan maut dalam kemalangan jalan raya setakat ini selepas merusuh dan meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor Khamis lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kematian terbaru melibatkan seorang lelaki etnik Rohingya yang maut dilanggar trak pikap di kilometer (KM) 332.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan pada malam Ahad.

Menurut beliau laporan kejadian diterima daripada orang awam sekitar jam 9.20 malam yang memaklumkan seorang warga asing yang sedang berjalan kaki telah dilanggar.

tangkapan PATI yang meloloskan diri pada Khamis kepada 51 orang setakat hari keempat Ops Kesan dijalankan.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri . Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 FEBRUARI 2024.

“Akibat kemalangan tersebut mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat.

“Pegawai Imigresen telah hadir ke unit forensik berkenaan dan telah mengesahkan bahawa simati adalah salah seorang daripada PATI yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Terdahulu seorang etnik Rohingya disahkan maut selepas terbabit dalam kemalangan di KM335 PLUS arah utara lewat malam Khamis lalu.

Sementara itu, Mohd Yusri berkata, tiga lagi PATI berjaya ditangkap di lokasi berasingan di antara jam 9.45 malam hingga 4.00 pagi tadi.

Beliau berkata, tangkapan pertama dibuat di Felcra Jalan Kachu, Tapah, pada jam 9.45 malam hasil maklumat orang awam disusuli seorang lagi pada jam 3.55 pagi di KM327 PLUS arah utara.

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama anggota RELA ketika Op Kesan pendatang tanpa izin (PATI) etnik Rohingya yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor di Kampung Sungai Kenoh Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 FEBRUARI 2024.

“Tangkapan terakhir dilakukan pada jam 3.55 pagi juga seorang lelaki etnik Rohingya di Batu 2 Jalan Pahang, Tapah.

“Jumlah tahanan lolos yang berjaya ditangkap setakat ini adalah seramai 54 orang, manakala dua maut dan 75 lagi masih lolos,” katanya.

“Kemudian pada jam 3.55 pagi pasukan operasi khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menangkap seorang lagi lelaki etnik Rohingya di KM327 PLUS arah utara.

MG Perak sebelum ini melaporkan seramai 131 PATI warga asing merusuh dan meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor Khamis lalu. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Polis sahkan 131 warga asing, termasuk Rohingya lolos dari depot Imigresen

Baki PATI lolos depot berada dalam hutan Tapah dan Bidor

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI