“Rokok dan puntung memang sudah ada ketika saya datang”

IPOH – ‘Saya hanya datang ke sini, untuk tengok-tengok dan berehat. Rokok dan puntung sudah ada di sini ketika saya datang’.

Itu antara alasan seorang lelaki yang disyaki tidak berpuasa dan merokok ketika Ops Ponteng Puasa ke atas sebuah pusat snuker di Jalan Raja Ekram, Taman Jubilee, di sini, pada Selasa.

Operasi yang berlangsung kira-kira sejam itu dilaksanakan secara bersepadu oleh Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersempena bulan Ramadan.

Ketika pemeriksaan dilakukan di dalam premis tersebut, lelaki itu dipercayai sedang merokok namun sempat membuang puntung rokok sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Suasana sekitar Ops Ponteng Puasa ke atas sebuah pusat snuker di Jalan Raja Ekram, Taman Jubilee, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 MAC 2026.

Dia yang pada awalnya cuba menafikan perkara itu kelihatan terdiam dan cuba menutup muka selepas salah seorang anggota penguatkuasa JAIPk menunjukkan rakaman video serta gambar telefon bimbit yang memaparkan dia merokok sebelum pihak berkuasa tiba.

“Saya belum lagi makan”, jawab lelaki itu ringkas ketika pihak berkuasa bertanyakan kepadanya sama ada dia telah makan atau minum selain melakukan kesalahan merokok.

Tinjauan pemberita yang mengikuti operasi berkenaan mendapati terdapat beberapa bungkusan mi goreng dengan ia didakwa dibekalkan oleh kedai makan berdekatan diletakkan di kaunter hadapan dalam pusat snuker itu.

Selain daripada itu, terdapat daun terup dan wang tunai di atas meja snuker, serta beberapa bungkusan air minuman dan bekas abu rokok diletakkan di meja-meja kecil.

Dalam pemeriksaan sama, seorang lelaki penjawat awam akhirnya mengaku tidak berpuasa dengan menghisap rokok dalam premis tersebut selepas disoal siasat.

“Saya baru sahaja sampai (di sini). (Bungkusan minuman atas meja) bukan saya punya. Saya di sini sahaja untuk melepak,” katanya.

Ops ponteng puasa pusat snuker Ipoh Ops ponteng puasa JAIPk, pusat snuker Jalan Raja Ekram Ipoh, JAIPk tahan individu tidak berpuasa, operasi penguatkuasaan Ramadan Ipoh, serbuan ponteng puasa Perak
Suasana sekitar Ops Ponteng Puasa ke atas sebuah pusat snuker di Jalan Raja Ekram, Taman Jubilee, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 MAC 2026.

Namun, seorang lagi pengunjung yang juga penghantar makanan mendakwa dia masih berpuasa, sebaliknya hanya singgah ke pusat snuker itu untuk membuang air kecil.

Mereka antara lapan individu beragama Islam berusia antara 36 hingga 59 tahun yang titahan JAIPk selepas disyaki tidak menghormati Ramadan dengan tidak berpuasa serta terlibat dalam aktiviti perjudian.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAIPk, Asyraf Ismail berkata, operasi tersebut dijalankan selepas pihaknya melakukan risikan selama kira-kira seminggu di pusat snuker berkenaan.

Kata beliau, premis itu dipercayai menjadi lokasi atau ‘port’ individu Muslim untuk makan dan minum pada waktu siang dalam bulan Ramadan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Berdosa peniaga bersubahat dengan ‘geng plastik hitam’

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI