Rombakan Kabinet hak prerogatif PM – Saarani

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menjelaskan bahawa keputusan menentukan senarai menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet baharu Kerajaan Madani adalah prerogatif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas spekulasi mengenai Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang disebut-sebut bakal mengisi barisan Kabinet terbaharu kerajaan.

“Itu adalah prerogatif Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kita tak tahu,” katanya pada sidang media selepas Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Siri Kelapan 2025 di Stadium Indera Mulia, di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Saarani berkata, beliau menyedari banyak pihak mencadangkan nama Shamsul Anuar sebagai calon menteri dan menyambut baik sekiranya perkara itu menjadi kenyataan.

“Tapi saya tengok banyak, tak tahulah pasal apa ramai sangat orang mencadangkan Datuk Dr Shamsul, saya sangat gembiralah.

“Bila ahli Parlimen saya kalau dipilih menjadi menteri penuh, alhamdulillah. Dia pernah jadi menteri sebelum ini.

“Jadi, kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terbuka hati nak melantik Datuk Dr Shamsul sebagai menteri penuh, saya menyokong 101 peratus,” ujarnya.

Sebelum ini media melaporkan, bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker mencadangkan Shamsul Anuar mengisi Kabinet baharu kerajaan.

Lian Ker menyifatkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu seorang individu berprinsip parti, teladan ahli politik Melayu lama dan UMNO yang ikhlas serta rendah diri.

Terdahulu, Anwar dilapor berseloroh apabila meminta pihak media mengemukakan cadangan nama bagi barisan Kabinet baharu.

Ia berikutan spekulasi mengenai rombakan yang menjadi tumpuan susulan beberapa menteri meletak jawatan selain menteri dan timbalan menteri berstatus Senator tamat perkhidmatan.

Susulan itu, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, Anwar akan memutuskan senarai menteri dan timbalan menteri Kerajaan Madani selepas proses pertimbangan yang cermat dan berhemah. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Gurauan sahaja, soal rombakan Kabinet terserah kepada PM – Zambry

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI