Rosmah bebas: Kerajaan tidak campur keputusan mahkamah – Anwar

IPOH – Kerajaan tidak mencampuri sebarang urusan kehakiman termasuk keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada kesemua 17 pertuduhan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adalah tidak munasabah untuk pihak pembangkang menuduh beliau ada memanggil atau memberi arahan kepada Jabatan Peguam Negara berhubung perkara itu.

“Saya tidak menemui mana-mana hakim, (atau) berbicara kepada Ketua Hakim Negara dalam soal keputusan mahkamah ini kerana kita hormati keputusan mahkamah.

“Dan jika merasakan perlu membuat rayuan (susulan pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan), itu keputusan Jabatan Peguam Negara (untuk tindakan selanjutnya), dan saya tidak fikir perkara ini harus jadi kontroversi.

“DNAA (keputusan dilepas tanpa dibebaskan) kepada (ahli politik) pembangkang pun ramai. Dan keputusan ini telah diambil, dan kita akan baca serta teliti keputusan hakim,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Buku Lim Kit Siang: Malaysian First di sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Ahli Parlimen Ipoh Barat, M.Kulasegaran; Pengerusi DAP, Lim Guan Eng; Ahli politik veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang serta Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Buku yang dihasilkan penulis, Kee Thuan Chye itu merupakan biografi yang menceritakan perjalanan karier politik Kit Siang sejak tahun 1969.

Artikel berkaitan: https://malaysiagazette.com/wp-admin/admin.php?page=w3tc_dashboard&_wpnonce=dd4ad0c4c3

Pada Khamis media melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Rosmah daripada 12 pertuduhan pengubahan wang haram lebih RM7 juta dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.

Bagi pertuduhan berkaitan LHDN, dia didakwa gagal mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014 hingga 2018.

Pada Jumaat, pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kes berkenaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara, notis rayuan itu difailkan hari ini di pejabat pendaftaran jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pembebasan Rosmah: Pendakwaan fail notis rayuan hari ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI