Royal Belum Adventure satukan komuniti dan mahasiswa

GERIK – Program Royal Belum Adventure: Connecting People and Nature anjuran Yayasan Pulau Banding (PBF) diadakan bagi meningkatkan kesedaran berhubung kepentingan pemeliharaan biodiversiti secara holistik dan kolaboratif.

PBF menerusi satu kenyataan berkata, program yang diadakan pada 10 hingga 12 Januari lalu turut mendapat kerjasama Universiti Malaysia Kelantan Tropical Rainforest Research Centre (UMK-TRaCe) dan Tropical Rainforest Research and Conservation Explorers (T-Rex).

Menurutnya, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam turut bersama-sama menjayakan program berkenaan.

Royal Belum Adventure satukan komuniti, Mahasiswa, alam semula jadi
Anak-anak Orang Asli turut bersama-sama menyertai aktiviti gotong royong di Kampung Klewang. Foto ihsan Yayasan Pulau Banding

“Melalui program ini, pelbagai aktiviti berimpak tinggi telah dijalankan dengan objektif untuk membangunkan mahasiswa yang holistik, meningkatkan pemberdayaan komuniti tempatan, serta memperkukuhkan usaha pemeliharaan ekosistem.

“Aktiviti ini dirancang bagi mendedahkan peserta kepada keindahan dan cabaran konservasi di Royal Belum, hutan hujan tropika yang kaya dengan biodiversiti.

“Salah satu aktiviti utama melibatkan sesi interaksi bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Klewang.

“Peserta bergotong-royong membersihkan kawasan kampung dan rumah baca sebagai usaha mengeratkan hubungan sosial dengan komuniti setempat.

Royal Belum Adventure satukan komuniti, Mahasiswa, alam semula jadi
Salah satu aktiviti peserta iaitu eksplorasi alam di Sungai Kooi. Foto ihsan Yayasan Pulau Banding

“Pada masa sama, peserta berpeluang mempelajari permainan sumpit tradisional hasil tangan penduduk kampung serta melihat persembahan nyanyian tradisional anak-anak Orang Asli,” katanya.

Dalam perkembangan sama, peserta dapat meneroka keindahan alam semula jadi dengan melawat dua lokasi air terjun ikonik di Royal Belum, iaitu Sungai Kooi dan Sungai Ruok.

“Di Sungai Kooi, peserta diberi taklimat tentang spesies hidupan liar yang menghuni kawasan ini seperti burung enggang, harimau Malaya, dan gajah serta melihat keunikan air terjun ‘shower waterfall’.

“Manakala di Sungai Ruok pula, perserta didedahkan kepada pelbagai spesies tumbuhan yang unik dan menikmati pengalaman berendam di air terjun sambil dikelilingi ikan kelah yang menjadi tarikan utama kawasan tersebut,” jelasnya.

Kenyataan itu berkata, peserta turut menjalani aktiviti water confident di Tasik Temengor bagi membina keyakinan diri dengan memakai jaket keselamatan dan menggunakan rakit buluh.

Katanya, peserta kemudiannya dibawa melawat pusat penyelidikan UMK-TRaCe yang disambut Pengarahnya, Dr Muhammad Firdaus Abdul Karim.

Royal Belum Adventure satukan komuniti, Mahasiswa, alam semula jadi
Pengarah UMK-TRaCe, Dr Muhammad Firdaus Abdul Karim memberi penerangan spesies ikan kepada peserta program. Foto ihsan Yayasan Pulau Banding

“Lawatan itu mendedahkan peserta kepada penyelidikan konservasi biodiversiti dan kepentingan penglibatan universiti dalam pemeliharaan alam sekitar,” ujarnya.

Sementara itu, Yang Dipertua MPP UiTM Shah Alam Muhammad Haziq Sabri berkata, program berkenaan telah memberi pengalaman amat berharga.

“Program ini bukan sahaja membuka mata saya terhadap keindahan dan kepentingan hutan hujan tropika seperti Royal Belum.

“Ia turut memberi peluang kepada peserta untuk memahami isu konservasi yang kritikal seperti ancaman kepada biodiversiti dan peranan penting komuniti dalam pemeliharaan alam sekitar,” katanya. – MG Perak

Artikel berkaitan:

MGPerak: Air Terjun Sungai Ruok, Permata Di Dalam Royal Belum

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI