‘Rumah ‘blackout’ sebelum kebakaran’

IPOH – Keluarga mentua kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, mendakwa berlaku masalah atau ‘trip’ elektrik pada malam kejadian kebakaran di rumah mereka di Kampung Sungai Rapat Tambahan, dekat sini.

Anak kepada Allahyarhamah Salmiah Nyak Matt, 84, iaitu Ahmad Ikhwan Abdul Ghani, 57, berkata, sebelum insiden itu berlaku, kediaman dua tingkat berkenaan secara tiba-tiba terputus bekalan elektrik.

“Adik saya yang tinggal bersama mak keluar nak tengok rumah jiran-jiran lain, ingatkan semua sekali ‘blackout’, tetapi tidak.

“Selepas itu dia nampak asap tebal keluar dari bilik mak. Kemudian, dia terus masuk semula dan tengok bilik sudah penuh dengan asap,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Dalam kebakaran kira-kira jam 9.15 malam Khamis itu, Salmiah ditemukan tidak sedarkan diri di dalam bilik di tingkat bawah rumah oleh pasukan bomba sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

kebakaran rumah ibu mentua Hamzah Zainudin kebakaran Sungai Rapat, gangguan elektrik Ipoh, kematian ibu mentua Hamzah, rumah terbakar Perak, HRPB Ipoh, Datuk Seri Hamzah Zainudin, trip elektrik sebelum kebakaran
Anggota Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak melakukan siasatan lanjut di lokasi kejadian ibu mentua kepada Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang maut dalam satu kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat di Kampung Sungai Rapat Tambahan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 JUN 2025.

Sementara itu, suami mangsa, Datuk Abdul Ghani Ngah, 83, yang berada di bilik tingkat atas, terselamat namun mengalami sesak nafas.

Empat lagi ahli keluarga termasuk seorang pembantu rumah yang turut berada di kediaman semasa kejadian juga dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Mengulas lanjut, Ahmad Ikhwan memaklumkan bahawa bapanya kini menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan telah ditidurkan sebagai langkah mempercepatkan proses pemulihan.

kebakaran rumah ibu mentua Hamzah Zainudin kebakaran Sungai Rapat, gangguan elektrik Ipoh, kematian ibu mentua Hamzah, rumah terbakar Perak, HRPB Ipoh, Datuk Seri Hamzah Zainudin, trip elektrik sebelum kebakaran
Van membawa jenazah Allahyarhamah Salmiah Nyak Matt, 84, ibu mentua kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang terlibat dalam kebakaran di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 JUN 2025.

“Setakat jam 1.30 pagi tadi, saya lihat keadaan ayah stabil. Dia seperti tidur sahaja,” katanya.

Tambahnya, beliau mengetahui mengenai kejadian itu ketika berada di Shah Alam dan terus bergegas pulang selepas dimaklumkan oleh adiknya.

Anak kedua daripada lima beradik itu berkata, arwah ibunya sudah lama uzur dan tidak lagi mampu bergerak sendiri.

“Mak dah lama uzur, memang ‘bedridden’. Bilik bawah memang khas untuk dia sebab dia dah tak boleh naik tangga. Ada pembantu rumah yang jaga mak 24 jam,” ujarnya.

Katanya, kali terakhir beliau bertemu ibunya adalah seminggu sebelum Aidiladha lalu.

Jenazah Salmiah dibawa ke Masjid Jamek Kampung Melayu Sungai Rapat untuk disolatkan dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rapat Jaya selepas solat Jumaat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang juga ahli Parlimen Larut ketika ditemui di Masjid Jamek Kampung Melayu Sungat Rapat, Ipoh bagi mengiringi jenazah ibu mertuanya Salmiah Nyak Matt, 84, untuk disembahyangkan. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 JUN 2025.

Terdahulu, di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut dilihat tiba sekitar jam 10.56 pagi menaiki kenderaan hitam sambil mengenakan baju Melayu dan bersongkok.

Beberapa minit kemudian, beliau dilihat meninggalkan bangunan jabatan forensik bersama kenderaan yang membawa jenazah ibu mentuanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Wanita warga emas rentung, seorang cedera dalam kebakaran rumah  

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI