Rumah dipenuhi sampah: Bomba bantu keluarkan mayat wanita AS

KAMPAR – Mayat seorang wanita warga Amerika Syarikat yang ditemukan dalam di kediamannya di Jalan Naga 2, Taman Golden Dragon, di sini, pada Rabu berjaya dibawa keluar menggunakan perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menggunakan pintu belakang.

Warga emas berusia 61 tahun itu, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) namun usaha membawa keluar mayat gagal apabila pintu hadapan terhalang dengan timbunan sampah dan barang terpakai.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kejadian diterima pada jam 3.22 petang sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi sekitar tiga kilometer.

“Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan seorang mangsa terperangkap di dalam rumah jenis dua tingkat yang berkunci.

“Setibanya jentera di lokasi didapati pihak Polis dan KKM telah berada di lokasi kejadian dan mendapati pintu masuk hadapan tidak dapat dibuka sepenuhnya kerana terdapat halangan berupa barangan lama dan sampah,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, anggota dimaklumkan bahawa wanita berkenaan disahkan disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM sebelum jentera bomba tiba.

“Laluan untuk membawa mangsa keluar terhalang oleh barangan terpakai dan sampah di pintu masuk hadapan rumah dan pihak polis memohon bantuan untuk membuka pintu bahagian belakang bagi tujuan memudahkan membawa mangsa keluar dari rumah.

“Ketua Operasi kemudiannya melaksanakan size-up seterusnya mengarahkan anggota memotong du unit pintu grill di bahagian pintu belakang dengan menggunakan power saw sehingga pintu berjaya dibuka,” katanya.

Tambahnya operasi tamat pada jam 3.53 petang. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI