IPOH – Beberapa rumah pekerja yang terletak di sebuah tapak pembinaan berhampiran Perpustakaan Awam Negeri Perak di Jalan Raja Dihilir Ipoh, dekat sini musnah dalam kebakaran pada pagi Khamis.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu sekitar jam 8.57 pagi.
Susulan itu, katanya 18 anggota bomba bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dan Meru Raya serta dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru, Pasir Pinji dan Menglembu bergegas ke lokasi.
“Hasil siasatan mendapati kebakaran membabitkan rumah penginapan pekerja kelas C berkeluasan 20 x 200 kaki terbakar kira-kira 70 peratus.
“Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat pada jam 11.13 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan. – MG Perak
Artikel Berkaitan: