Rumah terbakar, lelaki melecur di dada, belakang badan

BAGAN SERAI – Seorang lelaki berusia 21 tahun melecur pada bahagian dada dan belakang badan selepas rumah didiaminya terbakar di Jalan Kampung Sama Gagah di sini, pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.47 tengah hari.

Menurutnya, seramai 14 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai dan serta dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bagan Serai bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati hanya tinggal sisa-sisa kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kelas B berkeluasan 20 x 30 kaki yang musnah terbakar kira-kira 80 peratus.

“Kita turut menemui seorang lelaki berusia anggaran 21 tahun melecur tahap dua pada bahagian dada dan belakang badan.

“Ketua operasi membuat pemeriksaan (size-up) dan mengaplikasikan konsep RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan) seterusnya mengarahkan anggota membuat kerja-kerja pemadaman.

“Mangsa yang cedera diberikan rawatan awal dan dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.55 petang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lima rumah kedai dua tingkat musnah dalam kebakaran

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI