Rundingan Thailand-Kemboja dijangka dimuktamadkan Khamis Ini – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Rundingan pertikaian sempadan antara Thailand dan Kemboja dijangka dimuktamadkan pada Khamis ini dalam Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata Menteri Pertahanan kedua-dua negara akan bersama-sama untuk mencapai kesepakatan, sekurang-kurangnya bagi menghentikan atau meneruskan gencatan senjata, selain memastikan tiada lagi pelanggaran, termasuk di kawasan sempadan yang dipertikaikan.

“Kita mengharapkan beberapa titik pertemuan yang diselaraskan oleh Malaysia dapat dimeterai pada 7 Ogos ini… kita berdoa agar mudah-mudahan ada pencapaian kesepakatan dan penyelesaian muktamad kerana ini bukan sahaja menjejaskan hubungan dua negara, malah turut menjejaskan nama baik ASEAN.

“Segala masalah ini harus cuba diselesaikan secara muafakat dan setakat ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua kerajaan Kemboja dan Thailand yang menunjukkan sikap sangat positif untuk mencapai penyelesaian muktamad,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) yang meminta penjelasan mengenai peranan Malaysia dalam usaha menjayakan rundingan perdamaian dan gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI