Rusuhan bola sepak Teluk Intan: 7 Suspek dibebas, 5 lagi dikesan

TELUK INTAN – Tujuh lelaki yang ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian merusuh semasa perlawanan bola sepak yang berlangsung di Padang Speedy, di sini Khamis lalu dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, sebelum ini suspek berusia 21 hingga 31 tahun itu ditahan jam 11.30 malam di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak dan direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan.

“Tujuh suspek akan diberi jaminan polis hari ini manakala lima lagi suspek sedang dikesan bagi tujuan melengkapkan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kertas siasatan akan dirujuk ke Jabatan Peguam dalam minggu ini bagi mendapatkan arahan lanjut.

Sebelum ini, Dr Bakri dilaporkan berkata, tangkapan dilakukan selepas menerima laporan daripada seorang lelaki yang memaklumkan terdapat pergaduhan melibatkan dua pasukan bola sepak tempatan.

Katanya, kekasaran mula berlaku ketika separuh masa kedua apabila seorang pemain Padang Tembak FC melakukan tackle keras terhadap pemain Jenderata FC yang seterusnya mencetuskan pertelingkahan antara pemain kedua-dua pasukan.

Ujarnya, ketika kekecohan berlaku, dua penonton lelaki, dipercayai penyokong Padang Tembak FC, telah memanjat pagar dan memasuki padang selain menyerang dua pengadil.

Tambahnya, seorang pengadil berusia 23 tahun telah menerima rawatan di Hospital Teluk Intan selepas ditumbuk di bahagian rusuk semasa cuba meleraikan pergaduhan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tujuh ditahan susulan pergaduhan liga bola sepak di Teluk Intan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI