Rusuhan Bola Sepak Teluk Intan: Lima pemain direman dua hari

TELUK INTAN –  Lima lelaki yang ditahan semalam kerana dipercayai terbabit dalam insiden rusuhan ketika perlawanan bola sepak di Padang Speedy, di sini, minggu lalu direman selama dua hari sehingga esok.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin, Mahkamah Majistret Teluk Intan membenarkan permohonan reman itu pada Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Lima suspek yang berusia antara 20 hingga 30 tahun itu dipercayai pemain pasukan bola sepak terlibat telah ditahan semalam, menjadikan keseluruhan 12 individu ditahan kerana disyaki ada kaitan dalam kejadian tersebut,“ katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, semalam tujuh suspek berusia 21 hingga 31 tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam dan kertas akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh terdekat.

Sebelum ini, Bakri dilaporkan berkata, kejadian itu berlaku sewaktu separuh masa kedua perlawanan bola sepak Liga Integriti Hilir Perak 2025 membabitkan pasukan Padang Tembak FC dan Jenderata FC, Khamis lalu.

Katanya, kekasaran tercetus apabila seorang pemain Padang Tembak FC melakukan tackle keras terhadap pemain Jenderata FC yang seterusnya mencetuskan pertelingkahan antara pemain kedua-dua pasukan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Rusuhan bola sepak Teluk Intan: 7 Suspek dibebas, 5 lagi dikesan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI