Rusuhan: Perak pantau situasi pelajar di UK

IPOH – Perak memantau situasi pelajar dari negeri itu yang sedang melanjutkan pengajian di United Kingdom (UK) susulan rusuhan yang berlaku di beberapa lokasi di negara berkenaan ketika ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, kerajaan negeri sedang mendapatkan perkembangan terkini berhubung perkara itu daripada Wisma Putra dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.

Katanya, justeru beliau berharap penuntut dari Negeri Perak yang sedang berada di UK untuk sentiasa berhubung lanjut dengan dua agensi tersebut.

Rusuhan pelajar UK negara Perak Khairudin situasi pelajar Wisma Putra Exco
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah menyampaikan sijil anugerah cemerlang kepada pelajar, Nurul Jannah Yusop pada majlis penyampaian Sijil Anugerah Pelajar Cemerlang Dan Hadiah Pemenang JomPay & Menang Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 OGOS 2024.

“Kita juga bimbang akan keselamatan para pelajar di sana. Namun daripada maklumat yang diperoleh, situasi di sana terkawal.

“Bagaimanapun, kita mengharapkan Wisma Putra untuk sentiasa membantu memantau tahap keselamatan pelajar dari Perak agar mereka boleh meneruskan pengajian masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Sesi Penyampaian Sijil Anugerah Cemerlang serta Hadiah Pemenang JomPay dan Menang Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Isnin.

Rusuhan pelajar UK negara Perak Khairudin situasi pelajar Wisma Putra Exco
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah menyantuni pelajar pada majlis penyampaian Sijil Anugerah Pelajar Cemerlang Dan Hadiah Pemenang JomPay & Menang Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 OGOS 2024.

Majlis itu meraikan 31 penerima Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak yang cemerlang dalam bidang akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Media sebelum ini melaporkan Pihak Berkuasa UK berhadapan tekanan untuk menamatkan rusuhan terburuk England dalam tempoh 13 tahun.

Ia susulan insiden pembunuhan kanak-kanak yang sekali gus mencetuskan kekacauan melibatkan perusuh sayap kanan di seluruh negara.

Rusuhan berkaitan maklumat yang salah berkenaan insiden tikaman beramai-ramai yang membunuh tiga remaja perempuan minggu lalu merebak ke beberapa kawasan pada Sabtu lalu ketika penunjuk perasaan anti-imigresen bertempur dengan polis.

Rusuhan pelajar UK negara Perak Khairudin situasi pelajar Wisma Putra Exco
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berucap pada majlis penyampaian Sijil Anugerah Pelajar Cemerlang Dan Hadiah Pemenang JomPay & Menang Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 OGOS 2024.

Dalam pada itu Khairudin memberitahu, kerajaan negeri juga turut mengambil tindakan sama berhubung konflik yang sedang melanda Lubnan.

“Kita mengharapkan pelajar kita yang berada di Lubnan untuk sentiasa peka dengan pengumuman dan info terkini daripada Kedutaan Besar Malaysia di Beirut berhubung konflik tersebut,” katanya lagi.

Sebelum ini media melaporkan Amerika Syarikat dan Britain mengeluarkan amaran kepada rakyat masing-masing supaya segera meninggalkan Lubnan di tengah-tengah kebimbangan konflik dengan Israel.

Kedutaan kedua-dua negara itu menggesa mereka yang memutuskan untuk kekal di Lubnan supaya membuat rancangan luar jangka bagi sebarang situasi kecemasan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Rakyat Malaysia dinasihat jauhi kawasan protes di UK

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI