RUU Mufti: Langkah terbaik rujuk ke Majlis Raja-Raja

IPOH – Perkara dalam Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024 yang akan dirujuk kepada Majlis Raja-Raja minggu hadapan adalah disifatkan sebagai langkah terbaik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, ini kerana sebarang isu berkaitan agama Islam perlu melalui saluran yang betul.

Katanya, ia bermula daripada Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan diikuti Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) seterusnya Majlis Raja-Raja.

RUU mufti Wilayah Persekutuan majlis raja-raja Mohd Na'im langkah terbaik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar pada sidang media Program Jelajah Madani Ulama’ Dan Umara’ Peringkat Negeri Zon Utara (Perak, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang) di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 JULAI 2024.

“Dalam konteks RUU ini, pemakaiannya adalah di Wilayah Persekutuan. Jadi dalam hal ini kita akan merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan isu berkaitan dengan takrifan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Walau bagaimanapun tidak salah, makna dalam dalam konteks kita untuk berbahas dan berbincang untuk memberikan pandangan (berkaitan isu ini).

“Cuma saya mengharapkan agar perbincangan-perbincangan berkaitan RUU ini hendaklah didasarkan kepada fakta dan bukan didasarkan kepada emosi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Madani Ulama’ dan Umara’ Peringkat Negeri Zon Utara Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru Raya, di sini, pada Ahad.

Majlis yang dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad itu turut dihadiri Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim; Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini; serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

RUU mufti Wilayah Persekutuan majlis raja-raja Mohd Na'im langkah terbaik
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan anugerah Tokoh Imam Mithali negeri Kedah kepada Mokhtar Zakaria 71, yang juga bekas gurunya pada Program Jelajah Madani Ulama’ Dan Umara’ Peringkat Negeri Zon Utara (Perak, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang) di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 JULAI 2024.

Di samping itu Mohd Na’im, memberitahu mana-mana pihak boleh memberi pandangan bagi mewakili mana-mana kumpulan khususnya berkaitan takrifan Ahli Sunnah Wal Jamaah itu.

“Tak salah untuk kita mengambil pandangan-pandangan daripada mana-mana mana kumpulan. Cuma akhirnya) yang akan menentukan takrifan mana yang akan terpakai, itu kita serahkan kepada Duli-Duli Tuanku untuk menentukan,” ujar beliau.

Pada Khamis media melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perincian mengenai RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 akan dirujuk kepada Majlis Raja-Raja minggu hadapan.

RUU Mufti antara tiga RUU berkaitan hal ehwal Islam dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Selasa lalu.

RUU sama antaranya memberi takrifan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mana sudut akidahnya bersumberkan kepada aliran al-Asyairah dan al-Maturidiah.

Bagaimanapun, sebilangan pihak antaranya Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang meminta agar RUU berkenaan dikaji secara mendalam. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

12 mufti sokong RUU Mufti Wilayah Persekutuan 2024

Video Qunut Nazilah kepada kerajaan: Harap yang terlibat bertaubat – Mohd Na’im

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI