RUU Perubahan Iklim sedang diteliti Jabatan Peguam Negara

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Perubahan Iklim sedang diteliti oleh Jabatan Peguam Negara dan dijangka dibentang akhir tahun ini, kata Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu berkata, pihaknya merancang untuk membentangkannya pada sidang Dewan Rakyat akan datang iaitu pada Oktober.

“Sebaik sahaja rang undang-undang ini dimuktamadkan, kita akan membentangkannya. Jika tiada perubahan besar, kita akan bentangkannya selepas pembentangan Belanjawan 2026,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Johari menjawab soalan tambahan Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) yang meminta perkembangan terkini mengenai RUU Perubahan Iklim yang sering diperkatakan.

Sebelum ini, aktivis alam sekitar dan golongan profesional di Malaysia dilaporkan mendesak agar RUU Perubahan Iklim segera dibentangkan di Parlimen dengan menekankan bahawa hak alam sekitar adalah sebahagian daripada hak asasi manusia.

Mereka berpendapat, krisis alam sekitar tidak boleh dipandang remeh kerana ia berkait rapat dengan manusia yang akhirnya bakal menerima ‘padah’ jika tidak diatasi di peringkat awal.

Ramai pakar dan aktivis alam sekitar bercakap mengenai pelbagai isu dalam konteks Malaysia selama ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI