RUUPK tidak tambah kuasa Menteri Kewangan – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan (RUUPK) 2025 bukan undang-undang yang memperluas kuasa Menteri Kewangan, sebaliknya ia mengukuhkan prinsip semak dan imbang dengan meletakkan mekanisme kawalan lebih jelas serta telus.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, persepsi Menteri Kewangan diberi kuasa mutlak adalah tidak tepat kerana kuasa meluluskan dan mengecualikan perolehan termaktub dalam Akta Tatacara Kewangan 1957.

“RUUPK tidak menambah kuasa baharu, malah menghadkan dengan menetapkan proses semakan melalui tribunal rayuan, semakan kehakiman serta tindakan punitif.

“Apa sahaja keputusan boleh dicabar di mahkamah, malah Menteri juga tidak terkecuali. No one is above the law,” katanya ketika menggulung perbahasan RUUPK pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bangun membangkitkan persoalan mengenai integriti pelaksanaan undang-undang itu dengan merujuk beberapa kes berprofil tinggi.

“Kes yang melibatkan bekas Setiausaha Perdana Menteri dan skandal lain seperti isu perlombongan di Sabah tidak disiasat oleh SPRM.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari pula mempersoalkan proses penggubalan RUUPK yang menurutnya terlalu tergesa-gesa.

“Pada 12 Ogos, rang undang-undang ini diserahkan oleh Jabatan Peguam Negara dan diperiksa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang). Pada 20 Ogos masuk Kabinet, hari ini terus bentang bacaan ketiga.

“Tidak melalui jawatankuasa Parlimen. Kami tidak tahu menahu, tiba-tiba sudah ada di atas meja. Kenapa nak kejar sangat?” soalnya.

Amir Hamzah menjelaskan, RUUPK bukanlah perubahan mengejut sebaliknya hasil usaha yang bermula sejak 2018 dengan mengambil kira pelbagai pandangan daripada siri libat urus yang luas.

“Ini bukan sesuatu yang mendadak. Ia sudah melalui proses panjang sejak 2018 dengan banyak cadangan dan penambahbaikan. Libat urus pun meluas, jadi tidak timbul soal tergesa-gesa,” katanya.

Tambah beliau, RUUPK, menekankan lima prinsip utama iaitu akauntabiliti awam, ketelusan, nilai faedah terbaik, persaingan terbuka dan keadilan sekaligus menjadi asas kepada pembaharuan tadbir urus kewangan kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI