Saarani, isteri hadir Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Perak

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Seri Aezer Zubin hadir ke Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri 2025 di Pusat Konvensyen Casuarina di Meru Raya, dekat sini, malam tadi.

Ketibaan Saarani dan isteri sekitar jam 8.45 malam disambut Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) merangkap Pengerusi Jemaah Hakim Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran, Zakaria Abd Razak.

Saarani isteri hadir Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Perak ayat ayat-ayat suci bacaan tetamu
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika hadir pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 1446H/2025M di Pusat Konvensyen Casuarina, Ipoh.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim. Foto ABDULLAH YUSOF, 18 FEBRUARI 2025.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid serta Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim.

Pada majlis, Saarani dan tetamu lain diperdengarkan alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran daripada kalangan peserta yang turut diselitkan dengan sesi tadabbur atau ulasan daripada potongan ayat yang dibacakan.

Saarani isteri hadir Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Perak ayat ayat-ayat suci bacaan tetamu
Qari mempersembahkan bacaan ayat suci Al-Quran pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 1446H/2025M di Pusat Konvensyen Casuarina, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 18 FEBRUARI 2025.
Saarani isteri hadir Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Perak ayat ayat-ayat suci bacaan tetamu
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika hadir pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 1446H/2025M di Pusat Konvensyen Casuarina, Ipoh.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim. Foto ABDULLAH YUSOF, 18 FEBRUARI 2025.

Antara potongan ayat yang dibacakan adalah dari Surah an-Nisa yang dibacakan Johan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat Kebangsaan 2022, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan.

Tetamu yang hadir turut diperdengarkan bacaan potongan Surah Ghaafir daripada Johan Qariah Tilawah al-Quran Peringkat Negeri tahun lalu, Puteri Kalimatul Azzua Hamid.

Selain itu, qari, Amir Naufal Rifqi Mohd Rashid dan qariah, Nur Syahira Saiful ‘Adli memperdengarkan bacaan ayat al-Quran masing-masing menerusi potongan daripada Surah Ali-Imran dan Surah al-Baqarah. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pelajar cemerlang STPM amal baca al-Quran, al-Mathurat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI