Saarani tak dapat bendung emosi selepas bertemu waris pelajar UPSI

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad tidak dapat menahan perasaan sedih sehingga mengalirkan air mata selepas menziarahi waris pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, pada Isnin.

Beliau yang ditemui di luar perkarangan jabatan forensik turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Perak dan rakyat negeri Perak keseluruhannya, kita ingin menyatakan rasa amat sedih yang sangat mendalam.

“Semoga mereka yang meninggal dunia ini akan mendapat rahmat limpahan rahmat kepada Allah SWT dan diletakkan dalam kumpulan orang-orang yang beriman.

“Buat mangsa yang masih lagi berada di hospital untuk tujuan penyembuhan sama ada yang kritikal ataupun tidak, kita doakan supaya mereka akan mendapat kesembuhan segera supaya mereka dapat meneruskan pengajian di UPSI.

“Kepada kaum keluarga yang lain, saya yakin akan terkesan peristiwa yang sedih ini di atas kehilangan anggota keluarga.

“Pihak UPSI ada menyediakan khidmat kaunseling. Jadi, kita harap mereka dapat menerima hakikat ini dan sama-sama menerimanya sebagai takdir Allah,” katanya.

Saarani menitiskan air mata selepas bertemu waris pelajar UPSI
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media di luar perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Foto ihsan PEJABAT MENTERI BESAR PERAK

Dalam pada itu, Saarani turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri menyerahkan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada waris pelajar bagi tujuan perbelanjaan dan penginapan sepanjang pengurusan jenazah.

“Kita tahu bukan semua (waris) daripada keluarga yang senang. Saya sangat faham. “Sebab itu kita hulurkan sedikit bantuan supaya keluarga ini dapat mencari tempat untuk menginap dan berbelanja sedikit kalau perlu berbelanja.

“Terima kasih kepada UPSI yang telah menguruskan kereta jenazah yang katanya akan didatangkan daripada Jertih, Terengganu dan jika tiba masanya jenazah ini perlu dibawa pulang, maka UPSI menyediakan kenderaan atau wakil Naib Canselor untuk ikut kereta jenazah tersebut,”ujarnya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih Ketua Polis Perak yang menguruskan kemudahan trafik supaya jenazah ini dapat sampai dengan selamat dan dikebumikan.- MG Perak

Artikel Berkaitan:

Nahas pelajar UPSI: KPT serah pada Kementerian Pengangkutan jalan siasatan susulan 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI