Sambut baik larangan jual arak di kawasan majoriti muslim 

IPOH – Langkah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk melaksanakan dasar larangan penjualan minuman keras oleh premis perniagaan di kawasan majoriti penduduk beragama Islam dalam masa terdekat di sini mendapat sambutan baik.

Pengerusi Kelab Belia Al-Fateh, Mohamad Nazrin Abdul Nasir, 33, berkata, pelaksanaan dasar itu dilihat sebagai langkah positif yang diambil pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

“Saya memandang ini sebagai satu langkah positif yang diambil oleh MBI kerana ia boleh menjaga keharmonian antara kaum di sesebuah kawasan.

“Sebabnya, demografi di sekitar kawasan masjid (Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Jati) ini majoriti terdiri daripada penduduk Melayu beragama Islam, kaum India dan Cina pun ada.

“Jadi, bagi meraikan keharmonian ini, saya fikir ia salah satu langkah yang baik,“ katanya ketika ditemui di sini pada Ahad.

Sambut baik larangan jual arak di kawasan majoriti muslim
Pengerusi Kelab Belia Al-Fateh, Mohamad Nazrin Abdul Nasir, 33, ketika temubual bersama media pada Program Sunathon Perdana 3.0 di Masjid Muhammad Al Fateh, Taman Jati, Meru, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 JANUARI 2025.

Dalam perkembangan sama, Mohamad Nazrin juga berpendapat larangan itu secara tidak langsung boleh menjaga keselamatan dan sosial anak muda khususnya supaya tidak terjebak dengan perkara yang tidak diingini.

“InsyaAllah  bagi menyambut saranan MBI di peringkat kami (penduduk) akan membuat satu usaha untuk membantu bagi merealisasikan hasrat ini,“ ujarnya.

Penduduk Meru Perdana 2, Nur Najmi Sharir Zaaba, 42, amat bersetuju dengan hasrat MBI yang ingin melaksanakan dasar berkenaan.

“Kalau ikutkan di taman saya, Meru Perdana 1 dan 2 di situ kami sudah mengambil langkah awal terhadap beberapa kedai serbaneka yang tidak menjual arak.

“Dari permulaan, pihak Kawasan Rukun Tetangga (KRT), persatuan penduduk dan surau bekerjasama untuk melaksanakan larangan menjual arak di kawasan berkenaan.

“Jadi langkah MBI adalah langkah yang baik dan boleh diperluaskan di taman-taman yang majoriti penduduknya beragama Islam,” jelasnya.

Katanya, perkara itu tidak sepatutnya menjadi bantahan untuk orang bukan Islam kerana mereka boleh membeli minuman keras di kawasan lain.

Sambut baik larangan jual arak di kawasan majoriti muslim
Penduduk Meru Perdana 2, Nur Najmi Shahir Zaaba, 42, ketika temubual bersama media pada Program Sunathon Perdana 3.0 di Masjid Muhammad Al Fateh, Taman Jati, Meru, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 JANUARI 2025.

Semalam, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin dilaporkan akan melaksanakan dasar larangan penjualan minuman keras oleh premis perniagaan di kawasan majoriti penduduk beragama Islam dalam masa terdekat.

Katanya, ia selepas terdapat permintaan daripada penduduk di kawasan terlibat untuk MBI melaksanakan larangan berkenaan seperti di Gugusan Manjoi sebelum ini.

Menurut beliau, pelaksanaan larangan menjual minuman keras di Gugusan Manjoi telah dikuatkuasakan sekitar tahun 2000 dan 2021 susulan bantahan besar-besaran oleh penduduk setempat. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

MBI bakal laksana larangan jual arak di kawasan majoriti muslim di Ipoh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI