Sambutan Smart Kids 2025 Perak cungkil bakat kanak-kanak

IPOH – Penganjuran Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Perak (Smart Kids) 2025 memberi peluang kepada kanak-kanak mencungkil bakat dan potensi mereka sepanjang program berlangsung.

Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, sambutan ini turut membuka ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam pelbagai acara dan pertandingan yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

Menurutnya, lebih 2,000 orang kanak-kanak dan ibu bapa hadir bagi memeriahkan program yang diadakan pada hari ini.

“Biasanya Sambutan Hari Kanak-kanak diraikan antara bulan Oktober hingga November. Jadi tahun ini, kita adakan bersama beberapa agensi bagi meraikan anak-anak dan pengisian program menjurus kepada bagaimana kita mencungkil bakat dan potensi mereka,” katanya.

Sambutan Smart Kids 2025 Perak cungkil bakat kanak-kanak
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed menyampaikan hadiah kepada pemenang pada Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Perak Tahun 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Perak, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 NOVEMBER 2025.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Perak (Smart Kids) 2025 di Kompleks Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak pada Ahad.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Datuk Mohd Hanafiah Man dan Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Perak (Wanita Perak) Jamaliah Zakaria.

Katanya, pelbagai acara dan pertandingan diadakan sepanjang sambutan ini berlangsung antaranya Family Fun Walk, pertandingan mewarna, demonstrasi pemadaman api, Busana Cilik, cabutan bertuah dan pameran agensi.

“Program anjuran Wanita Perak turut mendapat kerjasama Kemas, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan beberapa jabatan kerajaan lain termasuk agensi swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Selain itu, program ini turut melibatkan agensi seperti bomba dan polis yang memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai kerjaya dan peranan mereka,“ jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

RM15 juta naik taraf Tabika Kemas Autisme seluruh negara

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI