IPOH – Sekitar 160,000 kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) setiap hari sempena cuti Tahun Baharu Cina.
Ketua Pegawai Eksekutif WCE, Lyndon Alfred Felix berkata, lonjakan trafik berkenaan dijangka meningkat hampir 35 peratus berbanding tahun sebelumnya.
“Peningkatan jumlah itu didorong oleh faktor cuti persekolahan serta jangkaan permulaan minggu pertama Ramadan yang jatuh pada minggu yang sama dengan minggu sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
“Justeru, pihak WCE telah mengambil langkah persediaan rapi bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna lebuh raya sentiasa berada pada tahap optimum,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Kempen Kesedaran dan Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina 2026, di Plaza Tol Teluk Intan, di sini, pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Mohammad Azlin Sadari.
Menurut Alfred, peningkatan jumlah pengguna WCE sempena cuti Tahun Baharu Cina membawa satu mesej yang jelas bahawa rakyat Malaysia semakin yakin memilih WCE sebagai laluan alternatif utama di Pesisir Pantai Barat.
“WCE kini bukan lagi sekadar jalan pilihan, tetapi telah menjadi nadi penghubung penting yang membantu menyuraikan kesesakan kritikal dari laluan sedia ada.
“Dengan kepercayaan yang meningkat ini, WCE tidak boleh kekal di takuk


