KUALA LUMPUR – Polis sedang mencari seorang remaja perempuan berumur 16 tahun yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, Sarah Nabihah Abdul Rahin kali terakhir dilihat berada di rumahnya di USJ2/4, Subang Jaya.
Kehilangannya dibuat pada 12.48 tengah malam tadi.
Menurut beliau, remaja berambut perang panjang itu memiliki ketinggian 155 sentimeter dan berat 40 kilogram.
Dia juga berkulit cerah, hidung mancung, mata besar dan bibir tebal, katanya.
Wan Azlan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat remaja berkenaan boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Subang Jaya di talian 03-7862 7222 atau boleh Pegawai Penyiasat INS Norhapizah Zulkapli di talian 017-234 0141,” katanya.-MalaysiaGazette


