Saya akan lebih tegas pada sidang Parlimen kali ini – Johari

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memberi jaminan perjalanan persidangan Dewan Rakyat kali ini akan dilaksanakan secara lebih tegas dengan tidak membenarkan sebarang tindakan ‘mainan politik’ dalam kalangan Ahli Parlimen ketika majlis mesyuarat berlangsung.

Bagaimanapun, beliau yakin semua Ahli Parlimen akan mempamerkan sikap profesional dan lebih matang dalam membincangkan isu rakyat.

“Perbincangan Ahli Parlimen perlu lebih fokus kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Saya juga akan lebih bertegas dan tidak akan membenarkan permainan politik (ketika persidangan) berterusan.

“Tumpuan persidangan juga perlu diberikan kepada inti pati Titah Diraja, saya jangka ia menyentuh soal pembangunan negara kerana tahun lepas kita melihat petunjuk serta prestasi baik ekonomi, di samping Kepengerusian ASEAN dan Perhimpunan
Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46,” katanya kepada Bernama di sini.

Sementara itu, Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 akan bermula esok dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan
mesyuarat itu menjadi tumpuan utama.

Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Inti pati Titah Diraja itu dijangka menyentuh pelbagai perkara penting termasuk soal pembangunan negara serta peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 itu akan disiarkan secara langsung bermula 10 pagi menerusi saluran media rasmi, televisyen tempatan dan platform dalam talian.

– BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI