‘Saya hanya mampu berdoa’ – terperangkap banjir, anggota tentera sempat bantu jiran

TAIPING – Terperangkap dalam banjir kilat kira-kira tiga jam bersama isteri dan anak kecil yang baru berusia lima hari antara detik cemas yang dihadapi penduduk Taman Larah Damai, dekat sini, pada Khamis.

Penduduk, Wan Ismail Wan Jusoh, 38, berkata, kejadian itu disifatkan sebagai cukup mendebarkan tatkala memikirkan keselamatan ahli keluarga selepas air naik secara mendadak memasuki kediamannya sehingga mencecah paras dada.

Anggota tentera bantu mangsa banjir Taiping jiran banjir kilat Taiping, Taman Larah Damai, Wan Ismail Wan Jusoh, 9 Rejimen Renjer Diraja, anggota tentera Perak, pengalaman banjir, mangsa banjir Perak, bantuan tentera banjir, operasi menyelamat Taiping
Penduduk Taman Larah Damai, Wan Ismail Wan Jusoh, 38. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 OKTOBER 2025.

Dia yang juga berkhidmat sebagai anggota tentera di Batalion Kesembilan Rejimen Renjer Diraja (9 RRD) memberitahu sempat memaklumkan kepada pasukan bagi meminta bantuan selepas menyedari paras air mulai naik kira-kira pada jam 6.30 petang.

“Sebelum kejadian, saya sempat tempatkan dahulu dua lagi anak saya di Sekolah Agama Rakyat di Changkat Larah sebelum meminta bantuan daripada pasukan 9 RDD.

“Sekembali ke rumah, saya mendapati air sudah mula memasuki halaman rumah sebelum perlahan-lahan masuk melalui pintu gelongsor rumah.

“Pada masa itu juga saya hanya mampu berdoa meminta perlindungan kepada Allah agar kaca pintu tidak pecah kerana bimbang akan keselamatan isteri dan dua anak lagi di rumah,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette (MG) Perak, di kediamannya pada Jumaat.

Anggota tentera bantu mangsa banjir Taiping jiran banjir kilat Taiping, Taman Larah Damai, Wan Ismail Wan Jusoh, 9 Rejimen Renjer Diraja, anggota tentera Perak, pengalaman banjir, mangsa banjir Perak, bantuan tentera banjir, operasi menyelamat Taiping
Mangsa banjir giat melakukan kerja-kerja membersihkan rumah masing-masing selepas dilanda banjir kilat sekitar daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) di Taman Larah Damai, Kamunting. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 OKTOBER 2025.

Menurut Wan Ismail, pengalaman menyertai pelbagai misi bantuan banjir sebelum ini sedikit-sebanyak memberi kelebihan kepada dia dalam membantu menenangkan keluarga yang ketika itu berada dalam ketakutan.

Wan Ismail berkata, selepas mendapati keluarga berada dalam keadaan selamat, dia turut memberanikan diri untuk memberi bantuan kepada kejiranan yang turut sama terjejas dengan banjir.

Anggota tentera bantu mangsa banjir Taiping jiran banjir kilat Taiping, Taman Larah Damai, Wan Ismail Wan Jusoh, 9 Rejimen Renjer Diraja, anggota tentera Perak, pengalaman banjir, mangsa banjir Perak, bantuan tentera banjir, operasi menyelamat Taiping
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut membantu melakukan kerja-kerja membersihkan rumah mangsa banjir selepas dilanda banjir kilat sekitar daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) di Taman Larah Damai, Kamunting. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 OKTOBER 2025.

“Saya memang tidak jangka perkara ini berlaku kerana ia adalah banjir paling teruk sejak empat tahun menetap di sini.

“Pengalaman sebagai anggota tentera membantu saya untuk mengawal situasi keluarga yang panik. Selepas mereka dalam keadaan selamat, baru saya keluar membantu jiran-jiran yang lain.

“Saya bersyukur tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku sehingga pasukan tentera dan anggota bomba tiba menyelamatkan kami semua sekitar jam 9.30 malam,” katanya lagi.


Penduduk Taman Larah Damai, S Vanisri, 28. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 OKTOBER 2025.

Pada masa sama, seorang lagi penduduk, S Vanisri, 28, menyifatkan kejadian banjir kilat yang dihadapinya sebagai pengalaman kali pertama dalam seumur hidup.

Suri rumah itu berkata, ketika air sudah mula naik dan masuk ke dalam rumah, dia hanya sempat menyelamatkan anak yang baru berusia setahun bersama barang keperluan lain termasuk tepung susu.

“Kami sekeluarga cuba berdiri di tempat tinggi kerana ketika itu air sudah mula naik pada paras leher saya.

“Barangan rumah seperti katil, tilam, sofa, almari sembahyang serta kereta habis terjejas dengan air banjir,” katanya lagi.

Seramai 72 mangsa daripada 21 keluarga dari lima kawasan terjejas banjir termasuk Taman Larah Damai, ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Changkat Larah, setakat jam 8 malam tadi- MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Banjir Perak: Jumlah mangsa meningkat kepada 2,806 orang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI