Saya kehilangan rakan karib – Saarani

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meluahkan rasa sedih di atas pemergian rakan baiknya Allahyarham Ishsam Shahruddin akibat serangan jantung, semalam.

Menurutnya, kali terakhir beliau bertemu dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning itu pada Jumaat lalu semasa mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk).

Katanya, pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kerana beliau adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat.

“Kami kawan dah lama. Saya mengenali Allahyarham sejak dia menjadi pemain bola sepak lagi.

“Jadi sebelum jadi ketua bahagian dan sebelum menjadi wakil rakyat lagi, kami memang sudah mengenali secara rapat.

“Malah semasa saya menjadi Ketua Pembangkang pun, beliau sering datang berjumpa, berbincang dan mengutarakan isu serta permohonan dari kawasannya,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menziarahi jenazah Allahyarham di kediaman keluarga di Desa Sri Ampang di sini hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak itu berkata, Allahyarham antara ADUN sering menyuarakan pandangan sewaktu Sidang DUN berlangsung.

“Saya ingat baru-baru ini saya ada meluluskan permohonan dia untuk naik taraf masjid kampung di Ayer Kuning.

“Ada juga dia adukan berkaitan laluan baharu yang dibuat JKR (Jabatan Kerja Raya) dan saya telah turun padang bersama melihat keadaan itu.

“Pada saya, Allahyarham telah memberi perkhidmatan yang baik kepada masyarakat di kawasannya,” ujarnya.

Semalam, Allahyarham Ishsam, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di Georgetown, Pulau Pinang.

Untuk rekod, Allahyarham yang pertama kali bertanding di DUN N48 itu berjaya memenangi kerusi tersebut dalam pertarungan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan memperolehi 9,908 undi dengan majoriti 2,213 undi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

ADUN Ayer Kuning disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI