Saya masih Presiden Bersatu walaupun bukan lagi pimpin PN – Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau masih menerajui kepimpinan Bersatu sebagai presiden walaupun saya tidak lagi memimpin Perikatan Nasional (PN).

Bersatu, katanya, kekal sebagai rakan yang berprinsip, konsisten dan setia dalam PN dan kerjasama akan terus dipelihara demi kestabilan serta kekuatan gabungan.

“Dalam menghadapi cabaran semasa, keutamaan kita adalah untuk memastikan kelangsungan, kekuatan dan masa depan parti.

“Ada ketikanya kita perlu mengambil satu langkah ke belakang, bukan sebagai tanda kelemahan tetapi sebagai langkah strategik untuk mengukuhkan asas, menyusun barisan kepimpinan dan membina kekuatan parti yang lebih tersusun dan mampan,” katanya dalam perutusan tahun baharunya hari ini.

Muhyiddin menuntut agar seluruh ahli Bersatu kekal beristiqamah, berdisiplin dan menjunjung budaya saling menghormati, serta menyelesaikan sebarang perbezaan secara berhemah, matang dan tertutup demi kepentingan parti.

“Sempena Tahun Baru ini, saya menyeru seluruh ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia agar memperkukuh kerjasama, memperteguh perpaduan dan menutup rapat segala ruang perpecahan dalam parti,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI