Saya sedia jumpa media terlibat selesai isu dengan baik – Kor Ming

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming dengan rendah hati sudi berjumpa pihak media yang terlibat dalam masa terdekat supaya kontroversi melibatkan beliau dan media yang tercetus sebelum ini dapat diselesaikan dengan baik dan teratur.

Menurut Kor Ming, beliau juga sedar kemungkinan wujudnya kekhilafan dalam perkara tersebut dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Selaku pemimpin, beliau menegaskan sentiasa menghormati kebebasan media dan tidak pernah berniat untuk menyinggung mana-mana pihak terutama wartawan yang merupakan tunggak informasi Kerajaan Madani.

“Objektif saya hanyalah untuk bersama-sama membina sebuah Malaysia masyarakat berbilang kaum yang inklusif, progresif dan sentiasa mengangkat martabat negara di peringkat antarabangsa,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata, beliau turut menghargai kehadiran serta sokongan rakan-rakan media yang sentiasa memainkan peranan penting dalam menyampaikan inisiatif KPKT kepada rakyat seperti yang berlangsung selama ini.

Terdahulu, tular rakaman video di sebuah acara memaparkan Kor Ming dengan nada sedikit keras menjawab pertanyaan seorang wakil media berkaitan nama sebuah acara yang menggunakan bahasa Inggeris.

Tindakan beliau itu bagaimanapun dikecam pelbagai pihak termasuk Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm) yang menuntut Kor Ming membuat permohonan maaf kepada wartawan terlibat dan seluruh komuniti media.

Terdahulu, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Kor Ming memberi komitmen untuk bertemu dengan organisasi media berkaitan bagi meleraikan polemik itu selepas perkara tersebut dibangkitkan pada mesyuarat Jemaah Menteri, Jumaat lalu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI