Sebuah bot tempatan, tiga kru warga asing ditahan Maritim Perak

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak, menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B kerana disyaki melanggar syarat sah lesen di kedudukan lebih kurang 2.1 batu nautika dari barat laut tanjong Hantu, Perak pada Ahad.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, bot terbabit dikesan ketika leka menjalankan aktiviti perikanan oleh pasukan bot peronda ketika melakukan rondaan kira-kira jam 11.45 malam.

“Pemeriksaan mendapati, bot berkenaan dikendalikan oleh seorang tekong serta dua kru warga Myanmar berumur dalam lingkungan 26 dan 43 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut beroperasi kurang 5 batu nautika daripada daratan terhampir,”katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, bot tersebut bersama kesemua kru termasuk tekong, termasuk hasil laut yang dianggarkan sebanyak 130 kilogram dan peralatan menangkap ikan dirampaas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lessen iaitu beroperasi kurang dari 5 batu nautika.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Maritim Malaysia di talian Pusat Operasi Maritim Negeri Perak (05-6838737) atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – MG Perak.

Artikel Berkaitan:

Maritim Perak rampas 61 set bubu naga

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI