Sederet 12 rumah teres dua tingkat terbakar, penghuni selamat 

TELUK INTAN – Sebuah rumah teres dua tingkat musnah terbakar 80 peratus manakala 11 rumah yang lain terbakar antara tiga hingga 50 peratus dalam kebakaran di Taman Muhibbah, Jalan Maharajalela, Batu 6, Hutan Melintang, di sini, pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.51 petang.

Berikutan itu sebanyak 36 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Hutan Melintang, pasukan Bomba Sukarela Teluk Intan, Batu 12 dan Langkap segera bergegas ke lokasi.

Sederet 12 rumah teres dua tingkat terbakar, penghuni selamat 
Anggota bomba dan Pasukan Bomba Sukarela sedang berusaha memadam kebakaran yang berlaku di Taman Muhibbah, Jalan Maharajalela, Batu 6, Hutan Melintang, di sini, pada Selasa. Foto ihsan JBPM Perak

“Setibanya di lokasi didapati 12 buah rumah teres dua tingkat lama kelas A terbakar.

“Komander Operasi mengarahkan anggota untuk membuat pemadaman menggunakan dua aliran dengan tiga pancutan dari bahagian hadapan, satu aliran dengan dua pancutan dari bahagian belakang, sumber air dari pili bomba sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kesemua 12 keluarga yang tinggal di kawasan rumah terbabit selamat.

Katanya, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohammad Nafis Nazmi Abdul Hadi itu tamat sepenuhnya pada jam 8.24 malam. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tiga kedai sederet musnah dijilat api

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI