Sedia perluas platform WCIT kepada skala lebih besar – MB Perak

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memaklumkan Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) bersedia memperluaskan platform tersebut kepada skala lebih besar pada masa hadapan.

Menurutnya, penganjurannya kali ketujuh pada tahun ini turut berjaya menghimpunkan pelbagai tokoh terkemuka di pentas antarabangsa.

“Komitmen itu menggambarkan bagaimana mereka mempercayai WCIT ini adalah satu platform yang boleh diguna pakai. Jadi, kerana itu kita di negeri Perak bersedia untuk memperluaskan lagi skop ini.

“Saya percaya persidangan ini adalah untuk keharmonian dan kebaikan dunia yang bukan sahaja melibatkan orang Malaysia malah secara global,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penutupan WCIT 2024 anjuran Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Pusat Konvensyen Casuarina, di sini pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, Saarani berkata, soal keselamatan juga akan diambil kira jika penganjuran persidangan itu diadakan dalam skala besar bagi meyakinkan tokoh jemputan dan peserta untuk hadir.

Sementara itu, beliau memaklumkan kerajaan negeri bersetuju untuk mengikut langkah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengadakan solat jenazah ghaib di masjid dan seluruh negeri ini susulan Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan terbunuh di Iran pada Rabu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Umat Islam mesti memimpin dengan amal teladan baik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI