Sektor awam bekerja dari rumah bermula 15 April ini – PM

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju melaksanakan dasar bekerja dari rumah bagi kementerian, agensi serta badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan bermula 15 April ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan dasar itu bertujuan mengurangkan penggunaan bahan api, sekali gus memastikan kemampanan bekalan tenaga susulan konflik di Asia Barat.

“Perincian lanjut akan diumumkan nanti, dalam masa yang sama, saya ingin tegaskan bahawa kerajaan bertindak menampan impak krisis tenaga global ini menerusi Inisiatif Sokongan Rakyat,” katanya menerusi taklimat khas hari ini.

Terdahulu, Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil dalam sidang akhbar hari ini berkata, dasar bekerja dari rumah (WFH) bagi sektor awam kini di peringkat akhir sebelum diumumkan secara rasmi, sekali gus memberi bayangan bahawa aturan kerja fleksibel bakal menjadi norma baharu dalam perkhidmatan kerajaan.

Menurut Fahmi, Jemaah Menteri telah menerima taklimat terkini berhubung perkembangan dasar itu yang sedang diperhalusi sebelum dimuktamadkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Kata beliau, pelaksanaan fasa pertama tidak hanya tertumpu di Putrajaya, sebaliknya akan melibatkan beberapa kawasan terpilih yang mana satu petunjuk jelas bahawa kerajaan bersedia memperluaskan model kerja fleksibel secara lebih menyeluruh.

Pada masa sama, Fahmi berkata, sektor swasta turut digalakkan meneliti dan melaksanakan aturan kerja fleksibel yang bersesuaian, memandangkan sebahagian syarikat masih mengekalkan amalan WFH sejak pandemik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI